Latihan

Bengkel Pengukuhan Bahasa Melayu

sell RM 432.00
timer 12 jam / 2 hari berturut
calendar_month 03 Feb 2026 - 04 Feb 2026
calendar_month 19 Nov 2026 - 20 Nov 2026

Deskripsi

Bengkel ini dirangka untuk membantu peserta menguasai penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam konteks rasmi. Melalui pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan, penguasaan sistem ejaan, pemahaman asas morfologi dan sintaksis, serta latihan mengenal pasti kesalahan bahasa dalam penulisan formal, peserta akan dibimbing untuk meningkatkan ketepatan dan profesionalisme bahasa mereka. Pada akhir bengkel, peserta mampu menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu standard yang mantap, tepat dan sesuai untuk urusan rasmi.

Kandungan

• Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
• Sistem Ejaan Bahasa Melayu
• Morfologi dan Sintaksis
• Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Rasmi

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut).

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta mengukuhkan pengetahuan bahasa Melayu daripada pelbagai aspek untuk tujuan kegunaan rasmi.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu yang betul untuk tujuan rasmi.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu

Sijil

Sijil Penyertaan Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)