Latihan

Bengkel Pembacaan Pruf (Edisi Ramadan | 9.00 pagi - 12.00 tengah hari)

sell RM 594.00
timer 15 jam / 5 hari berturut
calendar_month 23 Feb 2026 - 27 Feb 2026

Deskripsi

Sertai bengkel ini untuk menguasai seni pembacaan pruf, satu kemahiran penting bagi sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan, penyuntingan, penerbitan, atau komunikasi.

Dalam bengkel ini, peserta akan mempelajari asas-asas pembacaan pruf, panduan dan kaedah terbaik, serta berpeluang untuk mengasah kemahiran melalui amali praktikal. Sama ada anda seorang penulis, editor, pelajar, atau profesional yang ingin meningkatkan kualiti kerja, bengkel ini direka untuk memberikan anda panduan dan teknik yang diperlukan untuk menghasilkan teks yang bebas daripada kesilapan.

Tarikh bengkel : 23 - 27 Feb 2025 (Edisi Ramadan) | 3 jam sehari | 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Kandungan

• Asas Pembacaan Pruf: Memahami peranan dan kepentingan pembacaan pruf
• Panduan dan Kaedah Pembacaan Pruf: Meneroka teknik dan strategi
• Amali Pembacaan Pruf (teks bahasa Inggeris & bahasa Melayu)

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya untuk membuat pembacaan pruf menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• memahami aspek-aspek penting dalam pembacaan pruf, dan
• memahami dan menggunakan panduan dan kaedah pembacaan pruf yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Penyertaan Kursus/Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)