Latihan

Bengkel Bahasa Melayu untuk Penterjemah

sell RM 432.00
timer 12 jam / 2 hari berturut
calendar_month 15 Oct 2026 - 16 Oct 2026

Deskripsi

Bengkel ini memberi fokus kepada pemantapan bahasa Melayu sebagai asas penting dalam menghasilkan terjemahan yang tepat, jelas dan bermutu tinggi. Peserta akan mempelajari pembentukan kata, susunan ayat, konsep makna, penggunaan bahasa mengikut konteks serta penerapan laras dan wacana yang sesuai. Melalui latihan dan perbincangan, peserta akan diasah untuk memahami serta mengaplikasikan bahasa Melayu standard dengan lebih mantap. Pada akhir bengkel, peserta berupaya menggunakan bahasa Melayu dengan tepat dan berkesan dalam kerja-kerja penterjemahan.

Kandungan

• Pembentukan Kata
• Susunan Kata dalam Ayat
• Makna Kata dan Ayat
• Bahasa, Makna dan Konteks
• Laras Bahasa dan Wacana

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut).

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta memantapkan pengetahuan bahasa Melayu daripada pelbagai aspek untuk tujuan terjemahan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk tujuan terjemahan.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu

Sijil

Sijil Penyertaan Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)