Latihan

Bahasa Sepanyol Mudah

sell RM 50.00
location_on Atas Talian
timer 4 jam / 2 minggu berturut
calendar_month 24 May 2025 - 31 May 2025

Deskripsi

Program Bahasa Sepanyol Mudah merupakan program bahasa yang dilaksanakan selama 2 sesi atau 4 jam, direka khusus untuk memberi pendedahan awal kepada peserta yang berminat uantuk mempelajari bahasa tersebut. Program ini menekankan pendekatan komunikatif dan santai secara individu atau berkumpulan, berbeza daripada pendekatan akademik dan penilaian peperiksaan. Program ini akan membuka ruang kepada peserta untuk mengenali bahasa dan budaya Sepanyol yang merupakan antara bahasa asing yang mempunyai jumlah penutur yang signifikatif dan digunakan di lebih 29 buah negara.

Kandungan

Bahasa Sepanyol ialah antara bahasa yang paling meluas digunakan di dunia, kaya dengan ekspresi indah dan warisan budaya yang pelbagai. Sebutannya yang unik, intonasi bertenaga, serta struktur linguistik yang teratur menjadikannya medium komunikasi yang mencerminkan identiti masyarakat Hispanik. Program Bahasa Sepanyol Mudah ini direka khas untuk murid sekolah, pelajar IPT dan orang awam sebagai pendedahan awal kepada bahasa dan budaya Sepanyol.
Kandungan program meliputi :
i. Tatabahasa: Penekanan pada struktur ayat asas seperti kata ganti nama, konjugasi kata kerja dan susunan ayat dalam konteks pengenalan diri dan interaksi asas.
ii. Perbendaharaan Kata: Penggunaan kosa kata harian sapaan, nombor dan pekerjaan.
iii. Budaya: Pengenalan kepada budaya seperti makanan, perayaan, muzik dan gaya hidup Hispanik dari negara Sepanyol (Eropah) dan Amerika Latin.

Keperluan

Buku latihan, kamus dan alat tulis

Objektif

Objektif Program Bahasa Sepanyol Mudah adalah seperti yang berikut:
i. Mencetus minat peserta untuk mempelajari bahasa Sepanyol melalui pelbagai kandungan program yang merangkumi pelbagai aspek asas bahasa Sepanyol.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor untuk kegunaan dalam situasi harian.
iii. Memberi gambaran awal tentang budaya Sepanyol seperti makanan, muzik dan tradisi yang berbeza di antara penutur dari negara Sepanyol (Eropah) dan Amerika Selatan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program Bahasa Sepanyol Mudah, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Sepanyol seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Sepanyol seperti makanan, perayaan dan muzik.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)