Latihan

Bahasa Perancis Ekspres

sell RM 220.00
location_on Atas Talian
timer 6 jam / 2 minggu
calendar_month 24 Jan 2026 - 31 Jan 2026
calendar_month 17 Oct 2026 - 24 Oct 2026

Deskripsi

Program Bahasa Perancis Ekspres merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Perancis dan dilaksanakan selama 6 jam (3 jam/sesi). Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Perancis melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.

Butiran program:
1. Tarikh:
- Sesi 1: 24 dan 31 Januari 2026 (2 kali Sabtu)
- Sesi 2: 17 dan 24 Oktober 2026 (2 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Bahasa Perancis merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Perancis. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Perancis Ekspres merangkumi aspek berikut:

1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Perancis harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan huruf bahasa Perancis
3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Perancis

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

Objektif program Bahasa Perancis Ekspres adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Perancis yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Perancis harian dalam perbualan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program Bahasa Perancis Ekspres, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Perancis seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Perancis seperti makanan, sukan dan muzik.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)