Latihan

Bahasa Korea Ekspres

sell RM 250.00
location_on Atas Talian
timer 6 jam / 2 minggu
calendar_month 07 Feb 2026 - 14 Feb 2026
calendar_month 20 Jun 2026 - 27 Jun 2026

Deskripsi

Program Bahasa Korea Ekspres merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Korea dan dilaksanakan selama 6 jam (3 jam/sesi). Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Korea melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.

Butiran program:
1. Tarikh:
- Sesi 1: 7 dan 14 Februari 2026 (2 kali Sabtu)
- Sesi 2: 20 dan 27 Jun 2026 (2 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Bahasa Korea merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Korea. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Korea Ekspres merangkumi aspek berikut:

1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Korea harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan huruf bahasa Korea
3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Korea

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

Objektif program Bahasa Korea Ekspres adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Korea yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Korea harian dalam perbualan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program Bahasa Korea Ekspres, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Korea seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Korea seperti makanan, sukan dan muzik.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Korea




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)