Latihan
Bahasa Jepun Ekspres
Deskripsi
Program Bahasa Jepun Ekspres merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Korea dan dilaksanakan selama 6 jam (3 jam/sesi). Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Jepun melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.
Butiran program:
1. Tarikh: 7 dan 14 Februari 2026 (2 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Jepun. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Jepun Ekspres merangkumi aspek berikut:
1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Jepun harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan huruf bahasa Jepun
3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Jepun
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Objektif program Bahasa Jepun Ekspres adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Jepun yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Jepun harian dalam perbualan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program Bahasa Jepun Ekspres, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Jepun seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Jepun seperti makanan, sukan dan muzik.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun