Latihan
Bahasa Itali Mudah
Deskripsi
Program Bahasa Itali Mudah adalah terbuka kepada murid sekolah, pelajar IPT dan orang awam yang berminat untuk mengetahui asas bahasa Itali. Program ini akan berlangsung selama 2 hari atau 4 jam yang merangkumi pembelajaran bukan sahaja bahasa tetapi juga budaya Itali melalui kaedah pengajaran yang santai tetapi berfokus kepada komunikasi. Melalui program ini, peserta akan mempelajari kosa kata dan ungkapan asas seperti sapaan, nombor, warna, serta mengenali budaya Itali secara amnya.
Kandungan
Bahasa Itali merupakan salah satu bahasa yang paling indah dan ekspresif di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang ceria, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini sebagai medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Itali. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Itali Mudah merangkumi aspek berikut:
i. Tatabahasa - Pembinaan struktur ayat asas dengan penggunaan kata ganti nama seperti pengenalan diri dan interaksi situasi harian.
ii. Perbendaharaan Kata - Pengenalan kosa kata teras seperti sapaan harian, nombor, dan warna, untuk mempertingkatkan kecekapan komunikasi dalam situasi harian yang mudah.
iii. Budaya - Pengenalan kepada budaya Itali melalui elemen seperti gastronomi, perayaan, muzik, dan gaya hidup.
Keperluan
Buku latihan, kamus dan alat tulis
Objektif
i.Menarik minta murid sekolah, pelajar IPT dan orang awam untuk mempelajari satu bahasa asing yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dalam bahasa Itali melalui aktiviti yang sesuai dengan tahap umur dan keupayaan peserta
iii. Menggunakan kosa kata, frasa kata dalam situasi harian.
iii.Mendedahkan murid kepada sosio-budaya Itali, termasuk gastronomi, sukan, adat, dan tradisi.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program dua hari ini, berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan mengenali frasa asas dalam bahasa Itali.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa kata asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenali elemen sosio-budaya Itali termasuk gastronomi, sukan, adat, dan tradisi.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Itali