Terjemahan

Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.

Di ITBM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional dalam semua bahasa dan bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITBM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf bagi memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Editor ITBM bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber serta sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Hantar Dokumen Untuk Diterjemahkan dan Bayar Terus Secara dalam Talian (Online)

Anda mahu menyambung pendidikan ke luar negara? Anda mahu bekerja di luar negara? Semua dokumen rasmi anda perlu diterjemahkan ke bahasa Inggeris atau Arab oleh ITBM.

Kini anda boleh menggunakan khidmat terjemahan ITBM ini DI SINI.

Jenis dokumen dan kegunaan:

1- Dokumen untuk melanjutkan pelajaran ke Negara Timur Tengah (bahasa Melayu > bahasa Arab/Inggeris atau bahasa Arab > bahasa Melayu/Inggeris)
2- Dokumen untuk tujuan lain

Jenis dokumen yang ditawarkan:

Imej panduan penggunaan seperti DI SINI.

Penterjemahan Dokumen

Selain jenis dokumen di atas, anda boleh dapatkan sebut harga (quotation) dengan memasukkan jenis Bahasa Sumber (bahasa asal dokumen), Bahasa Sasaran (jenis bahasa hendak diterjemahkan) dan memuat naik dokumen asal (PDF/JPG/DOC/DOCX) DI SINI.

Pelanggan juga boleh datang sendiri ke kaunter Khidmat Pelanggan ITBM.

Waktu berurusan Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM:

Keperluan bagi khidmat terjemahan sijil (sijil kelayakan akademik dan profesional, pasport, surat rasmi kerajaan, sijil lahir dan sebagainya):

  1. Jika datang sendiri, pelanggan perlu membawa dokumen asal berserta salinan fotostat bahan yang jelas dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun atau Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau pihak yang diperakui pengesahannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
  2. Jika urus niaga dibuat melalui e-mel, pelanggan perlu menghantar (mengimbas/scan) dokumen asal berserta salinan yang diperakui sah oleh pihak yang tersenarai dalam (1) di atas.
  3. Keterangan/perakuan bertulis diperlukan sekiranya butiran pada bahan asal tidak jelas atau sila kemukakan dokumen rujukan seperti salinan kad pengenalan, pasport dan sebagainya mengikut keperluan terjemahan bahan.

Masa yang diambil untuk menterjemah sekeping sijil adalah minimum tiga (3) hari bekerja. Namun, tempoh ini bergantung pada bilangan halaman, bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.

Bagi penterjemahan bahan selain sijil, masa yang diambil bergantung pada bilangan halaman, bidang (Teknikal, Undang-undang, Sains, Umum dan sebagainya), bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.

Khidmat Penterjemahan Segera Bahasa Melayu-Bahasa Arab

Selaras dengan peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan, ITBM menawarkan khidmat penterjemahan dokumen (Sijil SPM, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan) bagi tujuan pendidikan (tujuan belajar ke Timur Tengah SAHAJA) daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab “SIAP PADA HARI YANG SAMA”.

Kadar Bayaran

ITBM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain

Bahan yang hendak diterjemahkan boleh diserahkan melalui pos, faks atau e-mel.

Semua urusniaga bagi perkhidmatan ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Pembayaran

- Maybank Berhad 512204217381
- JomPay
Biller Code: 15107
Ref-1: No. SRF
Ref-2: No. telefon pelanggan

Nota: Caj tambahan bagi khidmat terjemahan segera dikenakan dengan kenaikan kos tambahan antara 25 peratus - 50 peratus, berdasarkan permohonan, perbincangan dan persetujuan ITBM (perkhidmatan ini tidak termasuk hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

salesonline@itbm.com.my
+603 4145 1909 / 019-235 0215 (Avevah)