Promosi

Bengkel Pengkaedahan Tulisan Jawi | 21 - 22 November 2020

Jawi merupakan salah satu komponen asas dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Usaha menguasai kemahiran menulis dan membaca Jawi sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya dan turut disarankan kepada masyarakat berbangsa Cina dan India. Rasionalnya, bengkel ini memfokuskan kepada Pengkaedahan Tulisan Jawi Moden yang berpotensi meningkatkan kualiti pembacaan dan penulisan Jawi Moden secara menyeluruh.

Kandungan Kursus

1. Pengenalan kepada Jawi Moden

2. Mengenal Teknik DZOUWRA (D’VE)

3. Aturan A-A

4. Mengenal Ekasuku

5. Aturan AHA

6. Kaedah Tiga Suku dan ke atas

7. Latih Amal


Objektif

Untuk memberikan pendedahan tentang kaedah dan teknik penulisan Jawi Moden yang mudah serta terancang. Selain memantapkan pengetahuan dan gaya tulisan Jawi sedia ada bagi peningkatan kemahiran tulisan Jawi dan meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan tulisan Jawi.


Penghasilan

1. Peserta berupaya mempraktikkan kaedah, teknik dan gaya penulisan Jawi Moden yang mudah, terancang dan betul.

2. Peserta lebih peka, memahami keperluan dan menganalisis isu penggunaan tulisan Jawi Moden


Kaedah

Bersemuka (face to face)


Penganugerahan

Sijil Penyertaan


Tawaran

RM220.00

1. Buku Pengkaedahan Tulisan Jawi

2. Makan & minum (2X)

3. Sijil


Tempoh

2 hari (Sabtu – Ahad)


Masa

9:00 pagi – 5:00 petang


Syarat Penyertaan

1. Terbuka

2. Berminat mendalami ilmu tulisan Jawi Moden


DAFTAR PENYERTAAN DI SINI