Kursus

Kursus Penterjemahan Bahasa Arab - Bahasa Melayu (Sambilan) | 19 September 2020 - 7 November 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Penterjemahan (Kaedah, Prosedur, Pragmatik dan Semantik)

b. Menangani Isu-Isu Bahasa dalam Penterjemahan Bahasa Arab Bahasa Melayu
c. Budaya dalam Penterjemahan

d. Penterjemahan Teks Al-Quran dan Agama e. Penterjemahan Teks Hadis dan Falsafah

f. Penterjemahan Teks Sains Sosial
g. Penterjemahan Teks Sastera

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penterjemahan sambilan yang mengkhusus kepada asas penterjemahan Arab ke

bahasa Melayu. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada kaedah, prosedur, pragmatik, semantik, serta isu-isu bahasa dan
budaya dalam penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks al-Quran dan agama, hadis dan falsafah, sains sosial serta sastera.

OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,

b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan betul,

c. memahami dan peka isu-isu bahasa yang wujud dalam penterjemahan teks bahasa Arab ke bahasa Melayu,

d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan

e. menjadi lebih mahir dalam menterjemah pelbagai jenis teks.

YURAN

RM1,200.00

TARIKH

Sambilan

TEMPOH

Sambilan (8 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Arab

SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 19 Sep 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 1,200.00