Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Kursus Penterjemahan Bahasa Arab - Bahasa Melayu (Sambilan) | 24 Sept. - 19 Nov. 2022

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Penterjemahan (Kaedah, Prosedur, Pragmatik dan Semantik)

b. Menangani Isu-Isu Bahasa dalam Penterjemahan Bahasa Arab – Bahasa Melayu

c. Budaya dalam Penterjemahan

d. Penterjemahan Teks Al-Quran dan Agama e. Penterjemahan Teks Hadis danFalsafah

f. Penterjemahan Teks Sains Sosial

g. Penterjemahan Teks Sastera


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penterjemahan sambilan yang mengkhusus kepada asas penterjemahan Arab ke bahasa Melayu. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada kaedah, prosedur, pragmatik, semantik, serta isu-isu bahasa dan budaya dalam penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks al-Quran dan agama, hadis dan falsafah, sains sosial serta sastera.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,

b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan betul,

c. memahami dan peka isu-isu bahasa yang wujud dalam penterjemahan teks bahasa Arab ke bahasa Melayu,

d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan

e. menjadi lebih mahir dalam menterjemah pelbagai jenis teks.


TEMPOH

Sambilan (8 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Arab


SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 24 Sep 2022

Tempat: Kelas secara dalam talian (online)

Harga: RM 1,200.00