Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Kursus Penterjemahan Am (Sambilan) | 18 Jun - 27 Ogos 2022

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Penterjemahan (Teknik, Strategi dan Prosedur Terjemahan)

b. Sintaksis, Semantik, Laras and Peristilahan

c. Tatabahasa dalam Penjemahan

d. Penterjemahan Teks Umum

e. Penterjemahan Teks Komunikasi Massa

f. Penterjemahan Teks Undang-Undang

g. Penterjemahan Teks Sains Sosial

h. Penterjemahan Teks Sastera Kreatif

i. Penterjemahan Teks Sains dan Teknologi


PENERANGAN
KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas terjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori
dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada teknik, strategi dan prosedur terjemahan, sintaksis, semantik, laras dan peristilahan, serta aspek tatabahasa. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks umum, komunikasi massa, undang-undang, sains sosial, sastera kreatif serta sains dan teknologi.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,

b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul,

c. mengenal pasti dan menggunakan tanda baca, kependekan, dan gaya penterjemahan lain dengan betul,

d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan

e. menjadi lebih mahir dalam menterjemah pelbagai jenis teks.


YURAN
RM1,500.00


TEMPOH
Intensif (10 hari berturutan, Isnin – Jumaat)
Sambilan (10 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL
Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 18 Jun 2022

Tempat: Kelas secara dalam talian (online)

Harga: RM 1,500.00