Kursus

Kursus Jurubahasa Serentak (Intensif) | 8 - 10 Jun 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Kejurubahasaan

b. Peranan dan Jenis Kejurubahasaan

c. Kod Etika Profesional Jurubahasa

d. Teknik Kejurubahasaan Serentak

e. Proses Kejurubahasaan Serentak

f. Strategi Proses Kejurubahasaan Serentak

g. Kekangan dalam Kejurubahasaan Serentak

h. Latih Amal



PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif/sambilan yang mengkhusus kepada kejurubahasaan
serentak. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian
teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada
asas kejurubahasaan, peranan dan jenis kejurubahasaan, kod etika
profesional jurubahasa, teknik, proses, strategi proses dan kekangan
dalam kejurubahasaanserentak. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu
melakukan latihan sebagai jurubahasa serentak bagi situasi tertentu.

OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan serentak yang betul dan sesuai mengikut konteks.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mempraktikan tugasan kejurubahasaan serentak mengikut teknik, proses dan strategi kejurubahasaan berturut yang betul dan sesuai dengan konteks.

YURAN

RM900.00

TARIKH

a. Intensif

b. Sambilan

TEMPOH

a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)

b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 08 Jun 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 900.00