Kursus

Kursus Jurubahasa Berturut (Sambilan) | 30 November 2020 - 2 Disember 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Kejurubahasaan
b. Peranan dan Jenis Kejurubahasaan
c. Kod Etika Profesional Jurubahasa
d. Teknik Kejurubahasaan Berturut
e. Proses Kejurubahasaan Berturut
f. Strategi Proses Kejurubahasaan Berturut
g. Kekangan dalam Kejurubahasaan Berturut
h. Latih Amal


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif/sambilan yang mengkhusus kepada kejurubahasaan berturut. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada asas kejurubahasaan, peranan dan jenis kejurubahasaan, kod etika profesional jurubahasa, teknik, proses, strategi proses dan kekangan dalam kejurubahasaan berturut. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu melakukan latihan sebagai jurubahasa berturut bagi situasi tertentu.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan berturut yang betul dan sesuai mengikut konteks.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mempraktikan tugasan kejurubahasaan berturut mengikut teknik, proses dan strategi kejurubahasaan berturut yang betul dan sesuai dengan konteks.


YURAN

RM900.00


TEMPOH

a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)
b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 30 Nov 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 900.00