Kursus

Kursus Jurubahasa Berturut (Sambilan) | 14 - 28 April 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Kejurubahasaan

b. Peranan dan Jenis Kejurubahasaan

c. Kod Etika Profesional Jurubahasa

d. Teknik Kejurubahasaan Berturut

e. Proses Kejurubahasaan Berturut

f. Strategi Proses Kejurubahasaan Berturut

g. Kekangan dalam Kejurubahasaan Berturut

h. Latih Amal

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif/sambilan yang mengkhusus kepada
kejurubahasaan berturut. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan
kepada asas kejurubahasaan, peranan dan jenis kejurubahasaan, kod etika
profesional jurubahasa, teknik, proses, strategi proses dan kekangan
dalam kejurubahasaan berturut. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu
melakukan latihan sebagai jurubahasa berturut bagi situasi tertentu.

OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai
jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan
berturut yang betul dan sesuai mengikut konteks.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mempraktikan tugasan
kejurubahasaan berturut mengikut teknik, proses dan strategi
kejurubahasaan berturut yang betul dan sesuai dengan konteks.

YURAN

RM900.00

TEMPOH

a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)

b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 14 Apr 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 900.00