Kursus

Kursus Jurubahasa Berturut (Intensif) | 10-12 Oktober 2022

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Kejurubahasaan

b. Peranan dan Jenis Kejurubahasaan

c. Kod Etika Profesional Jurubahasa

d. Teknik Kejurubahasaan Serentak

e. Proses Kejurubahasaan Serentak

f. Strategi Proses Kejurubahasaan Serentak

g. Kekangan dalam Kejurubahasaan Serentak

h. Latih Amal


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif/sambilan yang mengkhusus kepada kejurubahasaan serentak. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada asas kejurubahasaan, peranan dan jenis kejurubahasaan, kod etika profesional jurubahasa, teknik, proses, strategi proses dan kekangan dalam kejurubahasaan serentak. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu melakukan latihan sebagai jurubahasa serentak bagi situasi tertentu.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan serentak yang betul dan sesuai mengikut konteks.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mempraktikan tugasan kejurubahasaan serentak mengikut teknik, proses dan strategi kejurubahasaan berturut yang betul dan sesuai dengan konteks.


YURAN

RM900.00


TEMPOH

a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)

b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 10 Oct 2022

Tempat: Bilik Latihan, Wisma ITBM

Harga: RM 900.00