Kursus

Kursus Bahasa Perancis (Sambilan) | 26 September - 31 Oktober 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Bahasa Perancis
b. Selamat Datang
c. Selamat Pagi
d. Mari Mengira
e. Perkenalkan
f. Pukul Berapa
g. Jalan-jalan Cari Pemandangan
h. Jalan-jalan Cari Kenangan
i. Rona Kehidupan
j. Jalan-jalan Cari Makan
k. Jemput Makan


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus sambilan yang mengkhusus kepada penguasaan bahasa Perancis peringkat asas. Pada peringkat awal, peserta akan didedahkan kepada pengenalan bahasa Perancis dan penggunaan kosa kata, ungkapan atau ayat melibatkan perkara seperti sapaan harian, nombor dan soalan, sajian makanan, pemandangan, kenangan, serta tempat dan masyarakat.


OBJEKTIF

Untuk memperkenalkan bahasa Perancis peringkat asas meliputi penggunaan kosa kata, ungkapan atau ayat mudah melibatkan pelbagai perkara dalam kehidupan harian.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mengenal pasti, memahami dan menggunakan bahasa Perancis peringkat asas meliputi penggunaan kosa kata, ungkapan atau ayat yang bersesuaian.


YURAN

RM600.00


TEMPOH

Sambilan (6 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Perancis


SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 26 Sep 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 600.00