Kursus

Kursus Bahasa Arab (Sambilan) | 14 Mac - 18 April 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Bahasa Arab

b. Sapaan Harian

c. Ahli Keluarga dan Pekerjaan

d. Sajian Makanan

e. Nombor dan Soalan

f. Hari, Minggu, Bulan dan Tahun

g. Pecahan, Peratus dan Perpuluhan

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus sambilan yang mengkhusus kepada penguasaan bahasa Arab peringkat asas. Pada peringkat awal, peserta akan didedahkan kepada pengenalan bahasa Arab dan penggunaan kosa kata, ungkapan atau ayat melibatkan perkara seperti sapaan harian, ahli keluarga dan pekerjaan, sajian makanan, nombor dan soalan, hari, minggu, bulan dan tahun serta pecahan, peratus dan perpuluhan.

OBJEKTIF

Untuk memperkenalkan bahasa Arab peringkat asas meliputi penggunaan kosa kata, ungkapan atau ayat mudah melibatkan pelbagai perkara dalam kehidupan harian.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti, memahami dan menggunakan bahasa Arab peringkat asas meliputi penggunaan kosa kata, ungkapan atau ayat yang bersesuaian.

YURAN

RM600.00

TARIKH

Sambilan

TEMPOH

Sambilan (6 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Arab

SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 14 Mar 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 600.00