Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Bengkel Peralatan & Teknologi dalam Penterjemahan (Intensif) | 26-27 Okt. 2022

Penerangan Kursus

KANDUNGAN BENGKEL

- Pengenalan Teknologi Terjemahan
- Istilah & Jenis Teknologi Berkaitan
- Penerokaan Alat Bantu Terjemah
- Amali Penggunaan Teknologi


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta mengenal pasti dan menggunakan peralatan dan teknologi yang bersesuaian untuk menterjemah sesuatu teks.


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:
- mengenal pasti peralatan dan teknologi yang sesuai untuk menterjemah sesuatu teks, dan
- menggunakan peralatan dan teknologi dengan betul dan berkesan.


YURAN
RM400.00 (merangkumi bahan pembelajaran & sijil)


TEMPOH
2 hari berturutan/12 jam


MOD PEMBELAJARAN
Sesi kuliah, latihan & perbincangan


MEDIUM PEMBELAJARAN
E-pembelajaran
- Google Meet (sesi kuliah dan perbincangan)
- Google Classroom (latihan)


MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


KEPERLUAN BENGKEL
- Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
- Kamera web (webcam).
- Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut).

Tarikh: 26 Oct 2022

Tempat: Kelas secara dalam talian (online)

Harga: RM 400.00