Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Bengkel Mengubah Tesis Menjadi Buku | 7-8 Mei 2024

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

  1. Pengenalan kepada tesis dan buku
  2. Perbezaan antara tesis dan buku
  3. Proses pengubahsuaian/ rombakan
  4. Teknik dan Kaedah Menukar Tesis kepada buku
  5. Penyediaan manuskrip


PENERANGAN KURSUS
Mengubah tesis menjadi buku merupakan satu cabaran bagi setiap ahli akademik mahupun pelajar. Penulisan tesis adalah lebih berbentuk laporan kajian yang memenuhi keperluan akademik untuk melayakkan seseorang memperoleh ijazah. Sebaliknya, buku adalah penulisan untuk menyalurkan idea kepada khalayak ramai yang menjangkau ribuan pembaca. Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan kaedah untuk mengubah manuskrip tesis kepada buku dengan lebih cepat dan mudah. Ini termasuklah mengubah gaya penulisan tesis kepada bentuk gaya penulisan buku supaya bahasa dan penyampaiannya lebih ringan dan mudah difahami serta tidak terlalu terikat kepada ciri akademik. Proses pengubahsuaian yang menjurus kepada format, penentuan bab, rajah, jadual dan menentukan tajuk buku juga akan diberi penekanan.


OBJEKTIF

Bengkel ini terbuka kepada para akademik dan pelajar yang ingin menghasilkan buku daripada penulisan tesis untuk menyebarkan dan menyalurkan idea yang ditulis kepada masyarakat.


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya:

  1. Mengetahui perbezaan antara tesis dan buku
  2. Mengetahui cara menukar tesis kepada buku
  3. Menghasilkan penulisan yang bersifat buku
  4. Menghasilkan buku untuk bacaan ramai
  5. Berpeluang menerima anugerah perbukuan di dalam negara hasil daripada buku yang diterbitkan


TEMPOH
Dua (2) hari

MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, perbincangan dalam talian

MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu

SIJIL
Sijil Penyertaan

Tarikh: 07 May 2024

Tempat: Secara dalam talian

Harga: RM 350.00