Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Bengkel Melatih Penterjemah Komersial (Intensif) | 4-5 Okt. 2022

Penerangan Kursus

KANDUNGAN BENGKEL

- Persediaan Menjadi Penterjemah
- Keperluan Asas & Khusus
- Penyediaan Dokumen Sokongan
- Cara Menentukan Kadar Bayaran
- Cara Mengenali & “Memancing” Pelanggan
- Sesi Perkongsian Pengalaman


OBJEKTIF
Untuk mendedahkan peserta dengan persiapan asas sebagai penterjemah sambilan.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:
- membuat persiapan diri sebagai penterjemah,
- menyediakan dokumen yang berkaitan,
- menentukan kadar harga yang sesuai bagi perkhidmatan yang ditawarkan, dan
- mengenali dan mendapatkan pelanggan.


YURAN
RM400.00 (merangkumi bahan pembelajaran & sijil)


TEMPOH

2 hari berturutan/12 jam


MOD PEMBELAJARAN

Sesi kuliah, latihan & perbincangan


MEDIUM PEMBELAJARAN

E-pembelajaran
- Google Meet (sesi kuliah dan perbincangan)
- Google Classroom (latihan)


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


KEPERLUAN BENGKEL

- Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
- Kamera web (webcam).
- Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut).

Tarikh: 04 Oct 2022

Tempat: Kelas secara dalam talian (online)

Harga: RM 400.00