Kursus

[KELAS BERSEMUKA] Kursus Penterjemahan Am (Sambilan) | 11 Mei - 13 Jul. 2024

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS


PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas terjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada teknik, strategi dan prosedur terjemahan, sintaksis, semantik, laras dan peristilahan, serta aspek tatabahasa. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks pelbagai bidang - umum, komunikasi massa, undang-undang, sains sosial, sastera kreatif serta sains dan teknologi.

OBJEKTIF
Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

TEMPOH
Sambilan - 60 jam / 10 minggu (setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, latihan dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL
Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 11 May 2024

Tempat: Bilik Latihan, Wisma ITBM

Harga: RM 1,500.00