Kursus

Bengkel Penyuntingan Terjemahan (Sambilan) | 21 November 2020 - 12 Disember 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Penyuntingan Terjemahan
b. Tatabahasa dalam Penyuntingan
c. Kaedah Penyuntingan Berkomputer dan Penandaan Simbol Pruf
d. Penyuntingan Teks Umum
e. Penyuntingan Teks Komunikasi Massa
f. Penyuntingan Teks Undang-Undang
g. Penyuntingan Teks Sains Sosial
h. Penyuntingan Teks Sastera Kreatif
i. Penyuntingan Teks Sains dan Teknologi


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penyuntingan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas penyuntingan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada pengenalan kepada penyuntingan terjemahan, tatabahasa dalam penyuntingan terjemahan, kaedah penyuntingan berbantukan komputer dan penandaan penyuntingan menggunakan simbol pruf. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menyunting teks umum, komunikasi massa, undang-undang, sains sosial, sastera kreatif serta sains dan teknologi.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian dengan jenis teks,
b. memantapkan kemahiran dan pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,
c. memahami penggunaan kaedah penyuntingan berkomputer dan penandaan penyuntingan menggunakan simbol pruf,
d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penyuntingan, dan
e. menjadi lebih mahir dalam menyunting pelbagai jenis teks.


YURAN

RM600.00


TARIKH

a. Insentif
b. Sambilan


TEMPOH

a. Intensif (4 hari berturutan, Isnin – Khamis),
b. Sambilan (4 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 21 Nov 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 600.00