Kursus

Bengkel Penyuntingan Terjemahan | 10 - 13 Jun 2024

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS


PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus penyuntingan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas penyuntingan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada pengenalan kepada penyuntingan terjemahan, tatabahasa dalam penyuntingan terjemahan, kaedah penyuntingan berbantukan komputer dan penandaan penyuntingan menggunakan simbol pruf. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menyunting terjemahan pelbagai jenis teks.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya mengenal pasti dan menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:


TEMPOH

4 hari berturutan/24 jam


MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, latihan dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 10 Jun 2024

Tempat: Bilik Latihan, Wisma ITBM

Harga: RM 600.00