Kursus

Bengkel Penulisan Karya Asli (Intensif) | 2 - 4 November 2020

Penerangan Kursus

RANGKA KURSUS KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Penulisan Karya Asli
b. Bahasa Melayu dalam Penulisan
c. Idea, Bahan, Skop dan Struktur Penulisan
d. Amali Penulisan (Novel/Cerpen/Puisi)


PENERANGAN KURSUS

Bengkel ini merupakan bengkel penyuntingan intensif yang mengkhusus kepada asas penulisan karya asli bahasa Melayu. Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada pengenalan penulisan karya asli, bahasa Melayu dalam penulisan serta idea, bahan, skop dan struktur penulisan. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menulis novel/cerpen/puisi.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menulis karya asli bahasa Melayu dengan yang baik sama ada dari segi pembentukan idea, pemerolehan bahan, skop dan struktur penulisan.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. memahami cara penulisan yang baik sama ada dari segi pembentukan idea, pemerolehan bahan, skop dan struktur penulisan, dan
b. memantapkan kemahiran dan pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu, khususnya untuk tujuan penulisan.


YURAN

RM550.00


TEMPOH

Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu/Selasa – Khamis/Rabu – Jumaat)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu


SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 02 Nov 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 550.00