Kursus

Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi (Intensif) | 5 - 6 Oktober 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Dasar Bahasa Kebangsaan

b. Tatabahasa bahasa Melayu dalam Penulisan Rasmi

c. Penulisan Dokumen Rasmi (Memo/Minit Mesyuarat/Surat Rasmi dll)

d. Latih Amal

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada

penulisan dokumen rasmi . Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian

iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan

didedahkan kepada pengenalan kepada dasar bahasa kebangsaan, tatabahasa

bahasa Melayu dalam penulisan rasmi. Untuk bahagian amali pula, peserta

perlu melakukan latihan penulisan dokumen rasmi melibatkan memo, minit

mesyuarat, surat rasmi dll.

OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menulis dokumen rasmi menggunakan

tatabahasa bahasa Melayu yang betul serta sesuai dengan format, gaya dan

laras penulisan rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mengenal pasti dan menggunakan kaedah yang betul dalam penulisan dokumen rasmi.

YURAN

RM500.00

TEMPOH

Intensif (2 hari berturutan, Isnin – Selasa/Selasa – Rabu/ Rabu – Khamis)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu

SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 05 Oct 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 500.00