Kursus

Bengkel Penterjemahan Pengurusan, Ekonomi, Kewangan, Sains & Teknologi (Sambilan) | 5 - 26 September 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS
a. Asas, Teori dan Teknik Penterjemahan
b. Tatabahasa dalam Penterjemahan
c. Penterjemahan Teks Kewangan
d. Penterjemahan Teks Perakaunan
e. Penterjemahan Teks Pengurusan
f. Penterjemahan Teks Ekonomi
g. Penterjemahan Teks Sains dan Teknologi


PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas penterjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada asas, teori dan teknik penterjemahan serta tatabahasa dalam penterjemahan. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks pengurusan, ekonomi, kewangan, serta sains dan teknologi.


OBJEKTIF
Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks teknikal yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan.


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik dan prosedur terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks teknikal,
b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul,c. mengenal pasti dan menggunakan tanda baca, kependekan, dan gaya penterjemahan lain dengan betul,
d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan
e. menjadi lebih mahir dalam menterjemah pelbagai jenis teks.


YURAN

RM600.00


TARIKH

a. Insentif
b. Sambilan


TEMPOH

a. Intensif (4 hari berturutan, Isnin – Khamis)
b. Sambilan (4 minggu berturutan, setiap Sabtu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 05 Sep 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 600.00