Kursus

Bengkel Penterjemahan Pengurusan, Ekonomi, Kewangan, Sains & Teknologi (Intensif) | 24 - 27 Ogos 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Asas, Teori dan Teknik Penterjemahan

b. Tatabahasa dalam Penterjemahan

c. Penterjemahan Teks Kewangan

d. Penterjemahan Teks Perakaunan

e. Penterjemahan Teks Pengurusan

f. Penterjemahan Teks Ekonomi

g. Penterjemahan Teks Sains dan Teknologi

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang
mengkhusus kepada asas penterjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta
akan didedahkan kepada asas, teori dan teknik penterjemahan serta
tatabahasa dalam penterjemahan. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu
menterjemah teks pengurusan, ekonomi, kewangan, serta sains dan
teknologi.

OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks teknikal yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik dan prosedur terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks teknikal,

b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul,

c. mengenal pasti dan menggunakan tanda baca, kependekan, dan gaya penterjemahan lain dengan betul,

d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan

e. menjadi lebih mahir dalam menterjemah pelbagai jenis teks.

YURAN

RM600.00

TARIKH

a. Insentif

b. Sambilan

TEMPOH

a. Intensif (4 hari berturutan, Isnin – Khamis)

b. Sambilan (4 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 24 Aug 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 600.00