Kursus

Bengkel Pembacaan Pruf (Intensif) | 26 - 28 Oktober 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Aspek Bahasa

b. Prinsip Pembacaan Pruf

c. Simbol Pruf

d. Gaya Penandaan Pruf

e. Latih Amal

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada asas
pembacaan pruf. Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan
kepada aspek bahasa, prinsip pembacaan pruf, simbol pruf dan gaya
penandaan pruf. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu

melakukan latihan penggunaan simbul pruf pada teks terpilih.

OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menggunakan simbol pruf yang betul
ketika menyunting Pelbagai jenis teks untuk pelbagai peringkat
penyuntingan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. memahami prinsip pembacaan pruf yang betul,

b. memahami dan menggunakan simbol pruf yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks, dan

c. memantapkan kemahiran dan pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu.

YURAN

RM550.00

TARIKH

a. Insentif

b. Sambilan

TEMPOH

a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu/Selasa – Khamis)

b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu

SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 26 Oct 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 550.00