Kursus

Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu (Intensif) | 21 - 23 Disember 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Dasar Bahasa Kebangsaan

b. Sistem Ejaan, Bentuk Kata, Kata Terbitan, Rangkai Kata dan Jenis Ayat

PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada pemantapan
tatabahasa bahasa Melayu. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan
didedahkan kepada pengenalan dasar bahasa kebangsaan, sistem ejaan,
bentuk kata, kata terbitan, rangkai kata dan jenis ayat. Untuk bahagian
amali pula, peserta akan didedahkan kepada latihan amali bagi menguji
tahap pemahaman peserta terhadap tatabahasa bahasa Melayu.

OBJEKTIF

Untuk memantapkan pengetahuan peserta berkenaan tatabahasa bahasa Melayu untuk pelbagai tujuan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang betul, dan

b. memantapkan pengetahuan sedia ada terhadap tatabahasa bahasa Melayu untuk pelbagai tujuan.

YURAN

RM550.00

TEMPOH

Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)

MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu

SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 21 Dec 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 550.00