Kursus

Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu (Intensif) | 1 - 3 September 2020

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Dasar Bahasa Kebangsaan
b. Sistem Ejaan, Bentuk Kata, Kata Terbitan, Rangkai Kata dan Jenis Ayat


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada pemantapan tatabahasa bahasa Melayu. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada pengenalan dasar bahasa kebangsaan, sistem ejaan, bentuk kata, kata terbitan, rangkai kata dan jenis ayat. Untuk bahagian amali pula, peserta akan didedahkan kepada latihan amali bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap tatabahasa bahasa Melayu.


OBJEKTIF

Untuk memantapkan pengetahuan peserta berkenaan tatabahasa bahasa Melayu untuk pelbagai tujuan.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang betul, dan
b. memantapkan pengetahuan sedia ada terhadap tatabahasa bahasa Melayu untuk pelbagai tujuan.


YURAN

RM550.00


TEMPOH

Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu


SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 01 Sep 2020

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 550.00