Buku

Yunda

Penulis: Juri Durabi

ISBN: 9789674601027

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen ini mengandungi 16 buah cerpen yang rencam - yang mengajak para pembaca menyelami gelojak kehidupan manusia yang pelbagai ini. Persoalan kasih sayang dalam “Yunda”, sebagai contohnya, memperlihatkan kerumitan ikatan kasih sayang suami-isteri berdasarkan pendirian suami. Demikian juga cerpen-cerpen lainnya yang menyentuh soal kaum pendatang, soal cubaan penjarahan Lahad Datu, soal gangguan makhluk halus dalam kehidupan manusia, soal cita-cita yang melampaui logik akal, soal pemimpin dan kepimpinan, soal keyakinan terhadap perkara ghaib yang berada dalam pengetahuan al-Khaliq, dan sebagainya.

Setiap isu yang dipanjangkan pengarang lewat cerpen-cerpen beliau, barangkali dirasakan kecil pada sebilangan orang, namun sebenarnya sangat besar yang hingga demikian perlu didepani dengan akal yang waras dan tindakan yang wajar. Oleh sebab itu, tidaklah keterlaluan untuk dicadangkan agar kumpulan cerpen ini dimiliki oleh para pembaca yang ingin melihat sesuatu isu berkaitan diri, keluarga, wilayah, negara dari sudut yang berbeza.