Buku

Yang Terselindung

Penulis: Sasya Zainal

ISBN: 9789674300432

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen Yang Terselindung menonjolkan ketabahan wanita dalam mendepani cabaran hidup dengan kebijaksanaan, keberanian dan kepesonaan mereka. Cinta yang ditintakan di sini datang dalam pelbagai bentuk - menjadi legasi yang harus diraikan, dihargai dan diingati. Watak-watak wanita ini cuba mendobrakkan konvensi dan berjuang untuk memerdekakan diri mereka. Sebahagian besar cerpen dalam buku ini terilham daripada kisah benar yang berlaku di seputar kehidupan penulis. Kumpulan cerpen ini ditulis tulus daripada hati seorang wanita untuk semua wanita yang ternyata berhati waja, berdikari serta berpendirian teguh.