Buku

Wajah Warisan Malaysia

Penulis: Ismail Embong, Zainal Kling

ISBN: 9789674608064

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 60.00 / 65.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Keseringan Ismail Embong a.k.a Maembong meneropong ke arah jarak jauh tiada kelihatan apa yang terdapat di dalam negara sendiri. Ketika pertama kali dia berpijak ke bumi Sarawak, Ismail amat terpegun dan kagum melihat kepelbagaian seni dan budaya di bumi tumpah darahnya sendiri. Perasaannya seakan-akan tidak berada di Malaysia, bahkan sepertinya terjelma di negara lain di muka bumi ini. Justeru itu, timbul iltizam yang amat mesra dan mendalam dalam jiwanya untuk mengkhabarkan pada dunia akan keindahan dan kekayaan seni dan budaya di bumi bertuah ini. Dia merumuskan hanya dengan menghasilkan siri lukisan Wajah Warisan Malaysia sahaja yang akan dapat berlaku adil terhadap kekayaan yang amat berwarna-warni itu.