Buku

Tumbang Batang Menumpang

Penulis: Agus Salim

ISBN: 9789674300494

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Tumbang Batang Menumpang menampilkan cerita tentang ketidaksenangan perasaan pembesar-pembesar Kerajaan Melayu Melaka terhadap pemerintahan Sultan Abu Syahid yang masih kecil dan menjadi boneka kepada Raja Rekan. Raja Rekan sebenarnya adalah orang luar. Tun Ali telah menjalankan risikan untuk mengetahui sejauh mana sokongan terhadap Raja Rekan dan mula merancang untuk membuat rampasan kuasa. Orang-orang Melaka mula bersatu menggadaikan jiwa raga mempertahankan tanah air tercinta. Apakah mereka berjaya dengan rancangan itu dan bagaimana nasib Sultan Abu Syahid yang masih kecil itu?