Buku

Tuanku Puteri Bunga Seroja

Penulis: Mohamad Shahidan

ISBN: 9789674301194

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori:

Beli Dalam Talian:

Dek terpengaruh tilikan nujum yang diupah Tuan Puteri Rakna Cahaya, Tuan Puteri Bunga Seroja dan Raja Muda dihukum buang dari istana. Semasa di hutan, mereka terpisah semasa mencari kayu api. Raja Muda diambil menjadi anak murid pertapa. Sedangkan Tuan Puteri Bunga Seroja diambil oleh Raja Alim Ulama tinggal di istananya. Mereka bertemu semula untuk menyelamatkan Pulau Tujuh Pulau Cantik daripada kejahatan Tuan Puteri Rakna Cahaya yang mempunyai geliga sakti. Hanya gadis yang mempunyai perasaan kasih sayang mendalam terhadap ayahanda dan bonda yang dapat menghentikan kekejaman Tuan Puteri Rakna Cahaya. Siapakah gadis itu?