Buku

Tuan Guru

Penulis: Kamaludin Abdul Settar

ISBN: 9789670869193

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Seorang guru agama bertemu dengan pemuda bernama Mazlan yang cedera parah kerana ditembak. Dengan bantuan penduduk kampung pemuda tersebut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila sedar daripada pengsan, pemuda itu telah hilang ingatan. Guru agama itu memberinya tempat tinggal dan didikan agama. Dia akhirnya menjadi pelajar yang cemerlang setelah dihantar melanjutkan pelajaran ke beberapa buah sekolah pondok yang masyhur, dan selepas itu dia menjadi guru agama dan pendakwah yang disegani.

Namun sejarah hidupnya membuatkan kehidupannya menjadi haru-biru. Dia dikesan oleh pihak berkuasa sebagai salah seorang perompak yang terlibat dalam kes pembunuhan di Kedai Pajak Gadai Hong Fo. Dia ditangkap dan dibicarakan lalu menimbulkan dilema kepada hakim kerana terpaksa menghukum seseorang yang telah hilang ingatan tetapi banyak baktinya kepada masyarakat.