Buku

Thumbelina

Penulis: Maisara Ainulsofia Abdul Rashid

ISBN: 9789674306458

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 15.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Thumbelina ialah buku berilustrasi di bawah Siri Kisah Olahan. Kisah ini menceritakan pengembaraan seorang gadis kecil bernama Thumbelina yang mempunyai saiz sebesar ibu jari. Pengembaraannya meneroka dunia sekelilingnya dan menghadapi pelbagai cabaran dengan berani merupakan teras bagi kisah ini. Kisah ini disertakan bersama analisis watak dan insiden tertentu dengan gambar yang menarik. Hasil nukilan ini pastinya dapat menerapkan harapan dan sikap optimis kepada pembaca muda.