Buku

Tetamu Istimewa

Penulis: Mohd Helmi Ahmad

ISBN: 9789674304010

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa menghimpunkan 15 cerita pendek hasil pertukangan kreatif penulis muda berbakat kelahiran Kedah, Mohd Helmi Ahmad.

Cerpen-cerpen di dalam kumpulan ini menafaskan jati diri remaja dan menunjang nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.
Watak-watak ditampilkan secara signifikan dan digarap dalam galur cerita yang berseni dengan penuh tanggungjawab. Kisah-kisah motivasi, pengorbanan, kekeluargaan, cabaran
alam persekolahan, adat istiadat dan budaya Melayu malah juga persoalan keagamaan diadun cermat dan sesuai dengan penaakulan remaja. Tetamu Istimewa yang menjuduli kumpulan cerpen ini mengungkapkan ciri berhias budaya Melayu dalam mendidik anak-anak ketika menghadapi saat-saat sukar diuji dugaan wabak penyakit.

“Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggu lagi.”