Buku

Syair Puteri

Penulis: Nur Mustika

ISBN: 9789674303785

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan Puisi: Syair Puteri merupakan himpunan 28 buah syair yang diadaptasi daripada syair cerita-cerita rakyat terpilih dari seluruh negeri di Malaysia. Syair-syair ini sangat istimewa kerana mengangkat susuk puteri sebagai subjek dan ikon cerita, selain tidak mengesampingkan watak-watak yang sangat signifikan dalam kehidupan sang puteri-sang putera dan watak-watak pembantu seperti nenek kebayan dan lain-lain.

Cerita-cerita rakyat yang diolah dalam bentuk syair ini ternyata lebih istimewa kerana dapat didendangkan serta dipersembahkan kepada khalayak dengan melodi syair Melayu yang pelbagai itu. Syair ini misalnya boleh didendangkan dalam majlis-majlis rasmi, sebagai hiburan kepada anak-anak, sebagai medium pengajaran yang berseni sastera, dan sebagai salah satu alat persembahan cerita rakyat yang menghiburkan.

Di peringkat tertinggi pula, Syair Puteri ini dapat dijadikan sebagai kajian dan penelitian karya sastera. Lebih daripada itu, kelahiran Syair Puteri dalam bentuk yang dipersembahkan ini, dapat menarik minat generasi muda untuk terus mencintai cerita-cerita rakyat sekali gus melahirkan kesedaran untuk menghargai kehebatan generasi silam dalam memperkayakan seni sastera tanah air.