Buku

Supermokh: Legenda Bola Sepak Tanah Air

Penulis: Zabidin Haji Ismail

ISBN: 9789674301095

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Mengisahkan tentang kisah hidup seorang insan yang berjiwa kental tanpa mengenal erti penat dan lelah dalam mengejar sebuah impian dan cita-cita bagi memartabatkan arena dunia bola sepak negara suatu masa dahulu di persada antarabangsa. Walaupun terdapat pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi demi mencapai sebuah impian untuk bergelar seorang pemain bertaraf antarabangsa seiring dengan perkembangan dunia bola sepak pada masa itu. Insan yang berjiwa besar tersebut dikenal sebagai Mokhtar Dahari. Walaupun beliau telah meninggal dunia, namun sumbangan yang ditinggalkan kepada negara telah menjadikan beliau sebagai seorang insan yang disegani dan namanya tetap menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Seperti kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama”.