ISBN: 9789830687698
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)
Buku ini memaparkan 14 perkara dasar membabitkan transformasi dunia pendidikan di bawah teraju Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin sejak dipertanggungjawabkan menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia bermula April 2009. Panas dengan isu, hangat dengan kontroversi, padat dengan pandangan dan sarat dengan harapan, buku ini menjawab segala persoalan yang dibangkitkan, pertikaian yang dilempar, kekeliruan yang mengaburi matlamat dan permasalahan yang hakikatnya sudah lama selesai. Pendek kata, buku ini adalah air kepada api, memadam segala ketidakpastian, sekali gus membina akar baru untuk sama-sama menjadi tunjang menyumbang kepada Negara.
“Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan.”
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin
Putrajaya, 1 November 2011