Buku

Sudoku Puisi

Penulis: Puzi Hadi

ISBN: 9789674602758

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sasterawan Alam Siber (SAS) Puzi Hadi ber-sudoku puisi. Puisinya bereksperimental. Bermain teka-teki dalam puisi bebas. Menolak realisme dan tradisi. Memberikan makna dalam tanda antikata. Minda terlalu bosan dengan klise puisi.

Masing-masingnya: abjad, aksara, kosa kata, nombor, warna, objek, imej, simbol berpunya kod rahsia untuk dipecahkan. Makna terkepung dalam absurdisme, surealisme, dan protes. Membaca puisi sudah teramat lazim.

Membaca puisi tanpa baca lagak keasyikan pada bingkai kanvas catan dan ukiran – khalayak sendirian terpegun tertanya makna. Sang penyair dilukai gelagat dan peristiwa manusia. Dirinya dihantui ombak iklim, getar tanah, deru lautan daripada ilahi. Lalu dia ber-sudoku puisi membina warisan perpuisian baharu Malaysia.