Buku

Siri Teknologi Baharu: Teknologi Tentera

Penulis: Ian Graham

ISBN: 9789830685984

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Siri Teknologi Baharu ITNM memaparkan tentang pembangunan terkini dalam teknologi yang boleh mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari, sama ada di rumah, di tempat kerja mahupun di dunia luar. Siri ini juga menjelaskan tentang kemunculan kemajuan yang mungkin mengubah dunia pada masa depan.

Kandungan menarik buku ini:
- Maklumat terkini diterangkan dengan jelas.
- Gambar foto berwarna bersaiz besar dan gambar rajah ringkas.
- Petak perbincangan menerangkan tentang Cara Ia Berfungsi, Apakah Selepas Ini? serta Kebaikan dan Keburukan teknologi.
- Glosari, maklumat tambahan dan indeks.

TEKNOLOGI TENTERA

Kini, sudah ada kapal terbang perisikan tanpa kendalian manusia, robot tentera dan pesawat pengebom stealth (cara senyap-senyap). Namun begitu, apakah senjata dan sistem baharu yang akan wujud pada masa depan? Adakah askar benar-benar akan memakai pakaian seragam yang dapat mengawal suhu badan atau memberikan tanda amaran sekiranya askar tercedera? Mungkinkah perisik robot bersaiz sekecil serangga meninjau kawasan musuh? Dengan kemajuan dalam teknologi tentera, peperangan dan pertahanan masa depan akan menjadi amat berbeza.