Buku

Siri Teknologi Baharu: Teknologi Tenaga

Penulis: Chris Oxlade

ISBN: 9789830685960

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Siri Teknologi Baharu ITNM memaparkan tentang pembangunan terkini dalam teknologi yang boleh mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari, sama ada di rumah, di tempat kerja mahupun di dunia luar. Siri ini juga menjelaskan tentang kemunculan kemajuan yang mungkin mengubah dunia pada masa depan.

Kandungan menarik buku ini:
- Maklumat terkini diterangkan dengan jelas.
- Gambar foto berwarna bersaiz besar dan gambar rajah ringkas.
- Petak perbincangan menerangkan tentang Cara Ia Berfungsi, Apakah Selepas Ini? serta Kebaikan dan Keburukan teknologi.
- Glosari, maklumat tambahan dan indeks.

TEKNOLOGI TENAGA

Kita sedang berdepan dengan krisis tenaga. Kita bergantung pada mesin tetapi bahan api yang mengendalikannya sedang meracuni planet kita. Apabila bahan api semakin berkurangan, kos bahan api akan bertambah. Namun begitu, apakah bahan api yang akan kita gunakan pada masa depan? Adakah sumber kuasa yang boleh diperbaharui benar-benar mampu menggantikan bahan api fosil? Bolehkah satelit suria memancarkan semula kuasa ke Bumi? Bolehkah kita membangunkan kuasa nuklear dalam bentuk yang bersih? Dengan pembangunan dalam teknologi tenaga, idea yang nampak seperti fiksyen sains pada hari ini boleh menjadi realiti pada hari esok.