Buku

Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan

Penulis: Brian Williams

ISBN: 9789830685977

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Siri Teknologi Baharu ITNM memaparkan tentang pembangunan terkini dalam teknologi yang boleh mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari, sama ada di rumah, di tempat kerja mahupun di dunia luar. Siri ini juga menjelaskan tentang kemunculan kemajuan yang mungkin mengubah dunia pada masa depan.

Kandungan menarik buku ini:
- Maklumat terkini diterangkan dengan jelas.
- Gambar foto berwarna bersaiz besar dan gambar rajah ringkas.
- Petak perbincangan menerangkan tentang Cara Ia Berfungsi, Apakah Selepas Ini? Serta Kebaikan dan Keburukan Teknologi.
- Glosari, maklumat tambahan dan indeks.

TEKNOLOGI PENGANGKUTAN

Kini sudah ada kereta hibrid dan bas bahan api hidrogen di jalan raya kita. Namun begitu, bagaimanakah kita akan membuat perjalanan pada masa depan? Adakah kereta benar-benar boleh ‘bercakap’ dan memberikan amaran antara satu sama lain tentang halangan di jalan raya? Adakah kereta api di dalam air benar-benar akan membawa kita dari London ke New York dalam tempoh dua jam? Benarkah kita boleh pergi ke angkasa dengan menggunakan lif? Dengan adanya pembangunan dalam teknologi pengangkutan, ternyata kenderaan yang kita gunakan pada hari ini akan jauh berbeza daripada kenderaan pada masa depan.