Buku

Siri Sahabat Siti Kecil: Angsa Istana Si Jambul Desa

Penulis: Siti Zainon Ismail

ISBN: 9789674304362

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 200.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada

Angsa Istana, bintang yang bertuah dan disayangi oleh Tuan Puteri. Pada waktu siang menemani Tuan Puteri bermain-main di taman istana dan malamnya tidur di sangkar hiasan mahkota. Si Jambul Desa, itik kampung menjenguk di jendela sambil bernyanyi. Tiadakah sudi Angsa Istana bermain sekali?

Bolehkah Angsa Istana yang cantik dan disayangi Tuan Puteri itu turut bermain dengan Si Jambul Desa? Bukankah selalunya penghuni istana tidak gemar bercampur dengan penghuni desa?

Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakar cerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisan menampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam. Pelukis dan penyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang berseni dalam bentuk dwitulisan- Rumi dan Jawi.