Buku

Siri Fokus Sains: Cuaca

Penulis: Louise Spilsbury, Richard Spilsbury
Penterjemah: Siti Mahani Awang

ISBN: 9789830686356

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

- Apakah planet yang terletak paling hampir dengan Matahari?

- Apakah fungsi ginjal anda?
- Bagaimanakah MP3 berfungsi?
- Apakah cuaca yang dibawa oleh sesuatu jenis awan?
- Mengapakah warna anak mata begitu?
- Berapa lamakah sumber Bumi mampu bertahan?

SIRI FOKUS SAINS ITNM ialah siri sains asas yang menjawab semua soalan ini. Ia memberikan pengenalan yang jelas tentang topik yang ingin dipaparkan dan merupakan sumber rujukan mudah untuk penyelidikan. Teksnya yang ditulis dengan kemas dan teratur juga dihiasi dengan gambar dan rajah berwarna yang besar. Kotak Fokus Fakta dan Fokus Sejarah yang memaparkan maklumat tambahan serta kotak Fokus Bukti yang mengandungi cadangan aktiviti penyiasatan praktikal turut dimuatkan dalam buku ini.

CUACA mengkaji kesan cuaca dalam kehidupan kita sehari-hari, termasuklah:
- perubahan iklim sejagat dan kesannya, seperti kenaikan suhu dan aras air laut
- ribut tropika dan puting beliung yang merupakan sistem cuaca pemusnah di Bumi
- angin di seluruh dunia, daripada angin monsun hingga kepada arus udara jet.