Buku

Sfera Bersegi 5

Penulis: Fathul Khair Mohd Dahlan

ISBN: 9789674601508

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

“Sfera bersegi lima itulah penyubur sengketa lama, membuka parut luka yang belum kering daripada berdarah.”

Demi mempertahankan maruah negara, sepasukan anak remaja ingin mengembalikan kegemilangan negara dalam arena bola sepak. Pertempuran akhir dengan pasukan Garuda bakal menentukan nasib mereka. Di sinilah semangat kesukanan bakal teruji. Penuh debar dengan riuh sorakan. Yang menang perlukah bergolok bergadai? Yang kalah perlukah menjadi abu?

Kumpulan cerpen pertama Fathul Khair Mohd Dahlan ini menarik dan sarat dengan isu-isu yang menjentik jiwa remaja berwacana murni. Watak-wataknya sensitif akan keluhuran budaya, mengarifi keindahan bahasa serta patriotik terhadap nusa. Karya ini bukan hanya menang sorak tetapi melambangkan kebanggaan penulisnya.